Selasa, 9 Ogos 2011

For the rest of my life lyrics...

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know

You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

OOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


video

Jenis-jenis Syaitan

Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat  Insya'Allah ..
Saidina Umar al-Khattab r. a telah berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
> > > : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
> > > : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya mereka bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

> > > : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Supaya mereka leka berseronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
> > > : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
> > > : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
> > > : Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
> > > : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

8. Walahaan
> > > : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
> > > : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Soalan IQ

1) Sebutkan satu yang tiada duanya

2) Dua yang tiada tiganya

3) Tiga yang tiada empatnya

4) Empat yang tiada limanya

5) Lima yang tiada enamnya

6) Enam yang tiada tujuhnya

7) Tujuh yang tiada lapannya

8) Lapan yang tiada sembilannya,

9) Sembilan yang tiada sepuluhnya

10) Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh

11) Sebelas yang tiada dua belasnya

12) Dua belas yang tiada tiga belasnya

13) Tiga belas yang tiada empat belasnya

a) Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

b) Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

c) Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

d) Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

e) Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

f) Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

g) Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

h) Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!


i) Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari? 


----SOALAN TAMAT-----


Saya menantikan jawapan dari anda.... semoga berjaya!!!

Surat buat buah hatiku...

kKepada buah hatiku.

Assalamualaikum wr. wb.

Semoga berada di bawah lindungan rahmat Allah taala dan sentiasa
dikurniakan taufiq, hidayah dan istiqamah dalam meniti alam
perjuangan.

Kita bersyukur kepada Allah taala yang masih mengurniakan nikmat iman
dan Islam pada diri kita serta kesabaran dan ketabahan bagi
menghadapi ujian-ujian kehidupan.

Oleh kerana besarnya pertanggungjawaban dan kepentingan persoalan
rumahtangga yang hendak kita bina dalam kehidupan ini, diri ini
terdorong untuk menulis surat ini bagi menyatakan perkara-perkara
penting yang harus diperhatikan sebagai peringatan untuk kita
bersama. Semoga ada kesepakatan antara kita dalam hal ini.

Rata-rata manusia, apabila memperkatakan tentang perkahwinan akan
mengaitkannya dengan kegembiraan dan keseronokan. Diharapkan, kita
mempunyai perasaan yang betul dalam menghadapi alam perkahwinan
nanti.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

"Berpesan-pesanlah kamu sekalian dengan kebaikan terhadap para
wanita. Sesungguhnya mereka adalah pembantu-pembantu kamu yang tidak
memiliki apa-apa bagi diri mereka sendiri. Sesungguhnya kamu
mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan diri mereka
dengan kalimah Allah."

Dalam hadits ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa isteri adalah
amanah Allah taala kepada suaminya. Pengertian amanah di dalam hadits
ini boleh kita lihat pula dalam firman Allah taala

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari api neraka." (At-Tahrim : 6 )

Subhanallah!! Bagaimana kita tidak merasa gerun dengan hakikat ini.
Untuk menyatakan diri ini telah berjaya untuk memelihara diri dari
api neraka adalah terlalu jauh,kini harus pula menerima amanah lain
dari Allah taala dan memikul tanggungjawab pula untuk melepaskannya
dari api neraka.

Apa pun bentuk amanah, ia adalah suatu yang akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah taala. Oleh sebab itu, langit dan
seluruh isi dunia tidak sanggup untuk memikulnya.

Seorang mukmin atas hakikat yang dinyatakan, seharusnya merasa insaf.
Oleh itu, rasa seronok dan gembira adalah terlalu ganjil baginya
dalam persoalan ini, tetapi kenapa perkahwinan ini harus dilaksanakan
juga?

Demi Allah, jika tidak kerana kepentingan Islam dan dakwah, jika
tidak kerana untuk mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w maka tidak
berupaya rasanya untuk memikul amanah ini.

Walau pun amanah ini besar dan pertanggungjawaban terhadapnya
menggerunkan, namun kepentingan Islam dan dakwah yang terdapat dalam
perkahwinan adalah lebih besar untuk dicapai dan tidak wajar untuk
dihalang oleh perasaan gerun yang ada dalam hati.

Semoga langkah kita ini menepati dengan firman Allah taala yang
bermaksud

"Jika kau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah." (Ali-
Imran : 159)

Kekasihku…

Ingatlah juga, bahawa rumahtangga ini adalah sebahagian dari fasa-
fasa perjuangan yang harus kita jayakan bagi mencapai matlamat suci
kita – Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Rumahtangga ini adalah
nucleus bagi masyarakat Islam yang cemerlang.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan di atas jalan
dakwah, maka ia juga tidak akan terlepas dari sunnah jalan dakwah
ini. Bahawa sunnah jalan dakwah ini dulu, kini dan akan datang
bukanlah jalan yang merehatkan. Ia bukan juga jalan yang dihampari
oleh permaidani merah dan ditaburi oleh bunga-bunga yang indah. Ia
adalah jalan yang penuh ujian dan kesulitan tetapi di hujungnya
terdapat kemanisan. Maka tidak seharusnya kita merasa bersedih hati
di kemudian hari atau merungut atas kesulitan dan ujian yang akan
dihadapi.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan, maka kepentingan
perjuanganlah yang akan mencorak rumahtangga ini. Kepentingan
perjuangan ialah kepentingan Islam dan masyarakatnya serta wadah
perjuangan yang mendokongnya.

Bagi kita `Baiti – Daulati' – Rumahku, Daulahku.

Jika kita fahami apa yang dinyatakan tadi, maka tentulah diri kita
saha terlalu kerdil untuk memikul tugas ini. Hanya dengan bantuan
Allah sahaja kita akan berjaya. Namun…. sejauh mana Allah taala akan
membantu kita adalah terletak pada sejauh mana kita mampu menepati
kehendak-kehendakNya. Oleh itu, kemungkaran adalah sesuatu yang asing
dan sangat sensitif bagi rumah tangga ini kerana ia adalah penghijab
bagi kita dari bantuan Allah taala dan akan lebih menyukarkan jalan
ini.

Kekasih….

Bagi seorang mukmin, kecintaannya hanyalah kepada satu – cinta kepada
Allah taala. Kalau ia harus mencintai yang lain, maka ia adalah cinta
kerana Allah taala. Inilah ikatan yang akan mengikat hati kita –
cinta kepada Allah dan bercinta kerana Allah. Semoga dengan ini kita
akan digolongkan di dalam salah seorang dari tujuh golongan yang
mendapat perlindungan Allah taala di padang mahsyar kelak – lelaki
dan wanita yang saling mencintai kerana Allah taala semata-mata.

Tanpa ikatan perkahwinan ini pun, hati kita telah diikat dengan rasa
ukhuwwah fillah, kesatuan fikrah dan matlamat dari satu wadah
perjuangan yang sama. Ikatan-ikatan ini sahaja sudah cukup untuk kita
saling mengasihi antara satu sama lain. Kini, ia akan dikukuhkan lagi
dengan ikatan perkahwinan. Begitu kukuh ikatan antara kita, adalah
terlalu malang jika ia akan diuraikan oleh faktor-faktor keduniaan.

Di hati ini selalu terbisik – berapa lamakah rumahtangga ini akan
kita tempoh bersama?

Setiap kali apabila membaca berita-berita dunia, sering kali
terpanggil untuk menyahut seruan untuk membela umat Islam di merata
dunia- di Bosnia, Kosovo, Chechnya, Palestin dan lain-lain. Mungkin
akan tiba satu masa yang mana menyahut seruan ini akan menjadi satu
kewajipan yang tidak boleh kita elakkan lagi. Apabila masa ini tiba,
ana berharap anti akan kekal bersama. Semoga ana tidak menjadi
seperti tiga orang sahabat yang dicela kerana tidak keluar ke medan
Tabuk disebabkan kelalaian oleh harta dan rumah tangga (rujuk surah
At-Taubah : 118) dan anti tidak menjadi seperti isteri yang
dinyatakan di dalam surat At-Taghabun : 14-15 (lihat sebab turun ayat
ini).

Diharapkan tempoh pertunangan kita yang beberapa bulan ini mencukupi
untuk kita bersama berfikir mengenai apa yang dinyatakan di atas dan
menyiapkan diri kita.

Akhir kata, simpanlah surat ini baik-baik semoga ia akan menjadi
bahan tazkirah bagi kita bersama, anak-anak kita dan generasi
seterusnya.

Semoga Allah taala memberkati rumahtangga ini dan mengurniakan ana
kekuatan untuk memimpin di atas landasanNya serta untuk anti
berkhidmat kepadaNya sehingga kita ditentukan dengan salah satu dari
dua kebaikan – hidup dengan kemuliaan atau gugur untuk perjuangan.

Salam kasih, wassalamualaikum.

Advice for zaujah

Wahai zaujah,
taatlah kamu pada suamimu. 
Kerana antara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. 
Taat kepada suami merupakan tempat kedua
setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah.
Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.


*Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann, maka dia tidak boleh menolaknya." [Riwayat Thabrani]


*Dalam hadis yang lain pula diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi syurga.
*Rasulullah saw bersabda:"Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya, maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki."


*Dalam hadis yang lain pula diterangkan:"Apabila seorang isteri itu telah meninggal dunia dan suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga."


--Dari hadis diatas dapatlah di simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu hidupnya dia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.

5 perkara yang elok disebut

Asalammualaikum, tazkirah yang saya tulis di bawah ini sebenarnya bukanlah hasil kerja tangan saya yang sebenar. Tetapi, saya merasakan bahawa sudah menjadi kewajipan kepada diri saya untuk mengambil iktibar apa yang saya tahu serta mengamalkannya. malahan saya juga wajib menyampaikan kebaikan dan kebenaran kepada setiap insan. Sebelum itu, saya meminta maaf dan meminta izin daripada tuan punya tazkirah ini untuk perkongsian ini :


"5 PERKARA ELOK DISEBUT"
"
Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.  
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu: 


*       Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


*       Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


*       Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?


*       Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.  Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


*       Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin... 
 "