Khamis, 26 Mei 2011

Seburuk- buruk Yahudi....

Seburuk- buruk Yahudi,
Mereka mendidik anak-anak mereka untuk menjadi genius semenjak dari dalam kandungan lagi....

Sedangkan kita, kita dituntut membaca dan memperdengarkan ayat-ayat suci Al Quran dan selawat ketika mengandung supaya anak-anak kita akan menjadi seorang yang berguna.... Adakah kita melakukannya?

Seburuk- buruk Yahudi,
Mereka amat menjaga pemakanan mereka untuk kekal sihat...

Sedangkan kita, kita digalakkan untuk menjaga pemakanan kita. Jangan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan, makanan segera dan minuman berkarbonat... 

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat. Adakah kita menyedarinya?


Seburuk-buruk Yahudi,
Mereka tidak merokok. bagi mereka, merokok itu merupakan satu perkara yang tabu kerana takut anak-anak mereka menjadi cacat.

Sedangkan kita, merokok sudah tidak asing dalam negara kita. hampir semua lelaki Malaysia adalah seorang perokok. mahukah kita generasi yg kita akan lahirkan nnti menjadi seorang yang cacat? 

Laporan Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM (PenawaRacun, bilangan 52, Mac 2004), menunjukkan bahawa 14 peratus daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 jutaperokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 September 2005. Adakah kita sedar?


Seburuk-buruk Yahudi,
ibu bapa mereka menjaga pemakanan anak-anak mereka. pemakanan yang tidak sihat akan dihindari.

Sedangkan kita, adakah kita menjaga pemakanan anak-anak kita?

Seburuk-buruk Yahudi,
Mereka mengajar anak-anak mereka aktiviti olahraga seperti memanah, berenang dan berlari serta aktiviti muzik seperti bermain piano dan biola.. hal ini menjadikan anak-anak mereka sihat serta fokus dalam melakukan pelbagai kerja.

Sedangkan kita, Umar  Al khattab mengajar kita agar kita mendidik anak-anak kita berenang, menunggang kuda dan memanah. 

Abu Umamah ibn Sahl r.a meriwayatkan bahawa Umar Alkhattab r.a menulis kepada Abu Ubaidah al-Jarrah r.a mengarahkan kepadanya, ” ajarkanlah anak-anak kamu berenang.” (Riwayat Ahmad)

لموا أولادكم السباحة والرماية ومروهم فليثبواعلى ظهور الخيل وثبا

Maksudnya : “Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda.”
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya al-Halal wal Haram fi Islam (الحلال و الحرام في الإسلام) menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar ra

Seburuk-buruk Yahudi, 
mereka tidak hairan sekiranya kita membakar bendera atau gambar perdana menteri mereka.

tetapi 

mereka HANYA TAKUT sekiranya RAMAI UMAT ISLAM BERSOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH SEPERTI SOLAT JUMAAT...

Seorang penguasa Yahudi pernah berkata: “Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jumaat.”


Post ini dibuat selepas saya sedar mengenai kelemahan diri kita berbanding kaum Yahudi. kajian mengenai kaum Yahudi ini dilakukan oleh Dr Stephen Carr Leon. Semoga apa yang saya dedahkan di sini dapat menyedarkan kita semua termasuk diri yang menulis@menaip ini...


Sumber dari http://www.kaskus.us/showthread.php?t=1526366 

Selasa, 24 Mei 2011

Malam Exam...

hari ini hari selasa malam khamis.
esok aku ada exam paper Pendidikan Jasmani.
paper yg mengandungi sukatan Kurikulum Pendidikan Jasmani,
Pengenalan kepada olahraga dan TMk dalam PJ.







ape masalahnya ea?
nape aku malas nk bace buku?
*ala... kacang je PJ ni... hentam je...(bisik hati kejam aku)
cmne kalo aku x pass Paper PJ ni...
cmne kalo soalan yg kuar esok lebih susah drpd yg dijangkakan?..

hei... kamirul2... ape nk jd ni.... la ngan ko ni...
ape yg jdkan ko malas ni r??


ni sume gara2 Facebook..
tp facebook bukanlah segalanya



ni sume gara2 "Ask Jud" r ni...


satu program @ aplikasi internet yang mmpu menjawab
sebarang pertanyaan yg kita kemukakan dgn btul.....
sekali pandang, ianya seperti satu aplikasi interner yg boleh
menjadikan diri kita sbagai umat Islam menjadi syirik

tidak dapat dinafikan,
aku ngan kawan2 aku pun terkena pada awalnya..
kitorang mati2 fikir mende tu bole wt kite jd syirik kerana Ask Jud
ni mampu menjawab pertanyaan kita dengan betul dan tepat

Namun demikian, mungkin ini satu petunjuk dan rahmat dari Allah
Saya dan kawan2 bole tertarik utk kaji bagaiman Ask Jud ni berfungsir...
saya dan kwn2 sama2 kaji dan terokai Ask Jud ni
Alhamdulillah, selepas berfikir dan
mengkaji dengan lebih mendalam
Ask Jud ni hanyalah satu aplikasi
internet yg lebih kepada hiburan

dengan Ask Jud ni, kita dapat bergurau dengan kawan kita
kita dapat membuat kawan kita itu terpengaruh dgn Ask Jud ni.
namun, gurauan kita biarlah ada batasan
bukan semua perkara kita boleh bergurau

aku nk berpesanlah kpd kawn yg asyik kenekan org lain
cukup2lah tu... x usahlah bergurau berlebih2an
Allah ada menyebut dalam Surah At taubah
yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: ”Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah terhadap Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok? Tidak usah kalian meminta maaf, karena sungguh kalian telah kafir sesudah beriman.” (At Taubah: 65-66)

cukup sekali kita kenakan kawan kita,
tidak dapat tidak, kita yang sudah rahsia di sebalik Ask Jud ni
wajib menyampaikan rahsia itu kepada kawan2 kita.
sbb hal ini melibatkan aqidah
takut2, mereka akn terlalu taksub dengan Ask Jud ini
akan terpengaruh selama-lamanya..
sampaikanlah kebenaran kpd mreka...

P/s, Ask Jud ni hanyalah satu aplikasi internet untuk berseronok sahaja. jgn salah guna!!!

Ahad, 22 Mei 2011

Lirik lagu pilihan

Satu Perjuangan

Syukur pada yang Esa
Rahmat Pemberian-Nya
Persaudaraan, keharmonian

Jalinkan kasih sayang
Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukannya
Mari kita bina satu ummah maju jaya
Mula diri,
keluarga,
sahabat
masyarakat dan negara

Dengan satu perjuangan
Satu arah tujuan
Di bawah rahmat Yang Esa
Kita melangkah seiringan
Satu perjuangan

Rintangan pasti melanda
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan
Hingga ke akhirnya
Andai kau gugur
Andai kau syahid
Kau diredhai-Nya


~Brothers~

Sabtu, 21 Mei 2011

Terima kasih kawan-kawan

kepada kawan-kawan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, 

dari Unit PPISMP BM2. 

kepada Ahmad Syafiq Amir, Armaan Arif, Azizul Hakim, Danial Ridzuan, Fidelis, Khirul Amir, Mohd Iskandar Alan, Muhammad Shahiruddin, Nasrul Asraf, Farita Nadzirah, Farrah Natiqah, Nabila Razis, Noraisyah Husna, Norfarihin Kholid, Nurun Nabilah, Nur Shakinah, Siti Fatihah, Siti Masnur, Zaliniey Za'ba

terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya.... 
kenangan indah kita dalam semester dua ini tidak akan saya lupakan... 






































4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA.

 1) Ayahnya
--Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.
--Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
--Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....
--tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2) Suaminya
--Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
--Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3) Abang-abangnya
--Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....
--jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....
--tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4) Anak Lelakinya
--Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,
--maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ......
nantikan tarikan ibunya.
--Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ...
--maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar sebagaimana firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

** Hai wanita, kasihankan ayah , suami , abang-abang  serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Fakta menarik tentang wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap  wanita?
Jawab Rasulullah, "Suaminya. 
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang  dan puasanya.
15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Rujukan:
WANITA September.