Sabtu, 31 Disember 2011

BLOG ANDA DI GODAM???

Assalamualaikum... sahabat saya pernah beritahu saya bahawa jika kita SIGN IN utk msuk ke blog kita, tiba2 PASSWORD yg kita masukkan dah x valid utk akaun blog kita or tetibe tertulis di situ bahawa anda telah menukar password baru sedangkan anda tidak pernah menukar password anda pun sebelum ini ITU TANDANYA BLOG ANDA TELAH DIGODAM ATAUPUN DI"HACK"

Contohnya:



Jika ini yang terjadi pada blog anda? Apa yang anda akan lakukan??

Saya juga pernah mengalami keadaan seperti ini terhadap blog saya ini.. Alhamdulillah.. dengan izin Allah, akhirnya masalah saya ini dapat diselesaikan..


sekadar ingin membantu, jika anda juga pernah mengalami keadaan seperti ini, antara langkah-langkah yang boleh anda lakukan ialah:

1) Bertenang. Cuba cari jalan penyelesaiannnya.

2) Minta pertolongan dari kawan2 yang boleh membantu.

3) Cuba klik pd perkataan "Can't access your account?"



4) Masukkan alamat emel anda dan klik submit.



5) Isikan ruangan kosong itu dengan betul dan klik Continue.



6) Pilih salah satu daripada dua pilihan itu. Google akan menghantar no kod ke emel ataupun no tel. anda bergantung pada pilihan anda sendiri.


7) Cuba cek hp ataupun emel anda. Lihat pd kod yang diberikan kemudian masukkan kod yang diberikan itu disini.


8) Kemudian anda akan diminta membuat password baru. (pandai2 sendri la ea..>_<)

9) Selepas itu, cuba buka SIGN IN akaun blog anda menggunakan password baru yang telah anda cipta.

10) Berdasarkan pengalaman penulis, blog anda akan dapat dibuka seperti biasa kembali. InshaAllah..


Sekiranya tidak, mungkin ada sedikit kesilapan.. cuba try sekali lagi. jika tidak boleh juga cuba cari jalan penyelesaian yang lain. atau mungkin ada masalah lain berkenaan blog anda akibat hacking ni..


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu semua blogger yang mengalami apa yang pernah saya rasa... Mohon maaf jika entry ini tidak dapat membantu anda..Assalamualaikum. 

Jumaat, 30 Disember 2011

Kisah Gadis dan Seorang Ustaz

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan".

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

____________________________________________________________________

PS: cerita ini diambil dari salah sebuah post di FB...

SETIAP KITA DIDAMPINGI QARIN TAPI.. SIAPA QARIN?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)


Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)



Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)



Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Jumaat, 16 Disember 2011

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

Pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . (An Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

a) Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
b) Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
c) Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
d) Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
e) Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
f) Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
g) Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

1 Suami
2 Isteri
3 Wali
4 Saksi
5 Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

-Masih menuntut di kolej atau uniersiti
-Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
-Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.


Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .


Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Ditulis oleh: Ust. Nasrudin Hassan at Tantawi 

______________________________________________________________________
*ps: semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd pembaca..

Selasa, 13 Disember 2011

10 RAHSIA YAHUDI YANG PATUT KITA AMBIL IKTIBAR

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum.


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!


5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?


8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi


9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!(yang ni sy xpasti btol ke x.. tp ce tengok link ni http://www.aljazeera.com/watch_now/)






KHAS UNTUKMU WANITA ~ surat dari kaum Adam..

Wahai wanita,




maaf… buat wanita yang tidak sempurna menutup auratnya di sekitar Anda. Buat engkau yang memang belum tahu, maka seharusnya engkau tahu. Buat yang memang sengaja menampakkannya, ketahuilah. Kami (kaum lelaki) tidak tahu apa sebenarnya yang engkau inginkan dari itu semua? Agar ingin dilihat? Kami (kaum lelaki) tidak tahu. Tapi engkau juga yang berpacaran, mengapa engkau berboncengan dan auratmu juga masih kelihatan? Apa maksudmu berbuat begitu? Agar ingin dilihat? Kami (kaum lelaki) tidak tahu.

Kami (kaum lelaki) jujur saja, kami malu bercelana pendek sambil berkendaraan motor, apa lagi di muka umum. Sungguh, terlalu banyak aurat yang sudah engkau pertontonkan. Terlalu banyak pelaku yang bergerak bebas di depan mata kami (kaum lelaki). Membuat kami semakin menunduk. Terpenjara oleh aurat-aurat yang begitu kejam engkau pamerkan. Ketahuilah, jika engkau menginginkan kami melihatmu, sungguh memandang aspal itu jauh lebih selamat dari pada mengangkat kepala ini menatap keindahanmu. Engkau memang indah, tapi menjerumuskan. Jika kami memandangmu, maka keringlah air mata takut kami kepada Allah.


Engkau, jangan serta merta menyalahkan kami kaum lelaki. Jika suatu saat engkau berbusana membangkitkan syahwat, bangkitnya birahi lelaki adalah fitrah. Ia ibarat bahan bakar, jika engkau menyalakan api maka terbakarlah. Jika engkau berbusana seksi, maka terjadilah. Kami tahu, dan engkau pun juga tahu. Bahwa zina tidak terjadi secara tiba-tiba. Ada proses yang sangat halus dan bertahap. Kami kaum lelaki, seperti juga nabi Adam. Bapak kami juga pernah merasa kesepian walau berada di syurga yang penuh kenikmatan. Akhirnya terciptalah Hawa. Kami kaum lelaki, juga seperti nabi Yusuf. Yang tergoda saat digoda ratu yang sangat jelita, Zulaikha.



Maka hadirmu wahai kaum Hawa, sudah membuat hati kami tertarik. Tanpa berdandan pun engkau sudah membuat kami tertarik. Apa lagi, jika engkau berbuat lebih dari itu. Maka busanamu, adalah pintu gerbang yang engkau miliki di istanamu. Jika busanamu mengumbar aurat, maka pintu istanamu telah engkau buka untuk siapa saja. Pada awalnya kami mendekatimu untuk berkenalan, lalu kita berpacaran. Hati berbunga, perasaanpun bangga. Kemana-mana engkau kami bawa, memperlihatkan kepada khalayak bahwa kami punya pacar yang sangat jelita. Busanamu semakin hari semakin menggoda, dengan maksud menjaga agar kekasihmu tidak berpindah ke lain wanita yang lebih jelita.



Tapi engkau salah, busanamu adalah pintumu. Jikalau kami masuk dan mengotori kesucianmu, maka kotorlah sudah. Bagaimana perasaanmu jika kami tinggalkan begitu saja, setelah kami mendapatkan segalanya? Dunia mencibir siapa? Orang-orang akan melihat siapa? Tentulah dirimu wahai wanita. Ya, dunia memang tidak adil. Setelah hilang kesucianmu, seolah habis sudah kekayaan istanamu. Tidak berharga. Penyesalan begitu panjang, rasa pahit yang disimpan begitu dalam, bertahun-tahun, entah sampai kapan hal itu akan sanggup engkau lupakan. 



Masihkan engkau suka memamerkan aurat-auratmu? Jangankan orang yang tidak sholat, orang yang sholat pun tergoda. Bahkan seorang ulama, bahkan juga seorang nabi Yusuf pun tergoda! Akan tetapi iman merekalah yang menentukan apakah mereka bisa bertahan ataukah tergelincir. Engkau adalah ujian terberat bagi kaum lelaki. Sekarang kami hendak mengajak engkau berfikir, berapakah jumlah laki-laki yang beriman sekuat nabi Yusuf yang ada di muka bumi ini? Oh, masih terlalu luas. Begini saja, berapakah jumlah laki-laki yang beriman sekuat nabi Yusuf yang ada di sekolahmu, di kampusmu, atau di sekitarmu?



Jika engkau masih suka memamerkan auratmu, ketahuilah. Kami jujur kepadamu, kami memang tertarik, kami tergoda. Tapi setelah tua, setelah kecantikanmu menua, kami akan tertarik pada yang lebih muda, yang lebih jelita. Maaf, kecuali bagi lelaki yang beriman dan bertaqwa. Ia tidak butuh semua perhiasan fisik dan kecantikan wajahmu, dia hanya butuh wanita yang memiliki kecantikan jiwa. Karena jiwa yang akan terbang ke syurga, sedangkan raga hanya berakhir di dalam tanah.



Terakhir kami ingin mengatakan, syetan selalu berada di pihak yang ketiga. Musuh kita yang satu ini tidak kelihatan, tapi bisikannya bisa menjerumuskan. Maka buatlah para syetan itu menggigit jari mereka sendiri karena busana ketaqwaan yang engkau kenakan. Sumbatlah mulut-mulut syetan itu dengan kesibukanmu mempercantik jiwa dengan agama. Buatlah pekerjaan para syetan itu sia-sia, dengan menyimpan segala kecantikanmu untuk yang halal bagimu. Karena yang halal itu berpahala, karena yang halal itu menghapus dosa, dan yang halal itu menghantarkan ke syurga.

Rahsia Khusyuk Dalam Solat


Khusyuk adalah persoalan utama dalam solat selepas rukun-rukunnya. Solat tanpa khusyuk sama seperti lagu tanpa irama.. Malah sifat khusyuk ini dikira sebagai satu sifat mukmin yang disebut oleh Allah swt dalam firmanNya dalam Surah al mukminun , yang mafhumnya:

” berjayalah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyuk di dalam solatnya…”


Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :



1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.


2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.


3) Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.


Mari sejenak kita melihat beberapa cara untuk membantu kita khusyuk di dalam solat, semoga kita boleh mempraktikkannya menjadikan solat kita lebih berkualiti :
- Memperelokkan suara dan bacaan Al Quran.
- Memanjangkan qiam [berdiri].
- Memperbanyakkan doa ketika bersujud.
- Toma’ninah dalam solat
- Mengingati mati ketika solat.
- Mentadabbur ayat-ayat yang dibaca.
- Melihat ke tempat sujud.
- Memohon perlindungan dari Allah dari perasaan was-was.
- Merasakan bahawa Allah mengasihi orang yang solat.
- Merasakan bahawa ia adalah solat yang terakhir.







“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”

Ahad, 11 Disember 2011

3 orang yang boleh berbicara pada waktu kecil

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Yang pandai berbicara dalam buaian (pada waktu kecil), hanyalah tiga orang, di antaranya

1)  'Isa(nabi Isa).

2) Anak kepada perempuan pelacur yang cuba menfitnah Juraij


Ada seorang laki-laki Bani Israil yang bernama Juraij. Ketika ia solat, datang ibunya memanggilnya.  Kata Juraij dalam hatinya:  "Apakah akan saya jawab ibu saya, atau saya terus solat?" 
Kata ibu: "Wahai Tuhan! Janganlah Engkau matikan ia sebelum Engkau perlihatkan kepadanya muka perempuan pelacur!" 
Dan Juraij tetap dalam tempat peribadatannya. Kemudian seorang perempuan menawarkan diri kepadanya untuk berbuat jahat, Juraij menolak. 
Perempuan itu lalu datang kepada seorang penggembala, menyerahkan diri kepadanya. Kemudian ia melahirkan anak, dan dikatakannya anak Juraij. Orang banyak datang kepadanya, menghancurkan tempat peribadatannya. Mereka menyeret dan mencaci-makinya. 
Kemudian Juraij berwuduk dan terus mengerjakan solat. 
Lalu didatanginya anaka(anak perempuan pelacur) itu seraya berkata: "Hai anak! Siapakah ayahmu?" Jawabnya: "Penggembala!" 
Orang banyak tadi lalu berkata: "Kami dirikan kembali tempat peribadatanmu dari emas!"(tanda penyesalan) 
Kata Juraij: "Jangan! Cukup dari tanah saja!" 

3) Anak kepada seorang perempuan bani Israel

Ada lagi seorang perempuan Bani Israel sedang menyusukan anaknya. 
Maka seorang laki-laki lalu ditempatnya menunggang kuda lagi tampan rupanya. 
Kata perempuan itu: "Wahai Tuhan! Jadikanlah anakku seumpama orang ini!" 
        Anak itu pun lalu meninggalkan susu ibunya dan menghadap kepada orang yang menunggang
        kuda itu, katanya: "Wahai Tuhan! Janganlah Engkau jadikan saya seumpama dia!" 
        Kemudian anak itu kembali menghisap susu ibunya. 
Kemudian lalu pula di tempat itu seorang budak perempuan. 
Kata perempuan itu: "Wahai Tuhan! Jangan Engkau jadikan anakku seumpama orang ini!" 
        Anak itu pun lalu meninggalkan susu ibunya, katanya: "Wahai Tuhan! Jadikanlah saya
        seumpama dia!" 
Ibunya lalu berkata: "Mengapa begitu?" 
        Jawabnya: Orang yang menunggang kuda tadi adalah seorang yang sangat takbur. Sedangkan
        budak perempuan itu banyak orang berkata kepadanya: "Engkau pencuri dan penzina",
        padahal dia tiada pernah berbuat demikian