Khamis, 16 Ogos 2012

Kisah Unta Bercakap Dan Menjadi Hakim


Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.


Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w,
“Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini.”
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu,
“Hai unta, milik siapakah engkau ini ?”


Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang,
“Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu,
“Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar.”


Jawab orang Muslim itu,
“Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Isnin, 16 Julai 2012

Mawar Khayalan

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, derita yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Dimana oh wajah yang berkeliaran
Sungguh kudamba kehadirannya

Oh mawar khyalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya…

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia oh wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya

Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala

Oh mawar khayalan


by Laila's Lounge

Butterfingers – Mati Hidup Kembali



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja ku pergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak ku jumpa
Pendirian tiada ku sangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Chorus
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan berlian
Ku capai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Khamis, 16 Februari 2012

KISAH ABU HURAIRAH BERTEMU DENGAN SYAITAN

"Rasulullah saw. menugaskan Abu Hurairah r.a untuk menjaga Zakat Ramadhan (Zakat Fitrah). Kemudian datang seseorang kepadanya, maka diambil oleh seseorang itu segenggam makanan, dan orang itu ditangkap oleh Abu Hurairah r.a. Lalu Abu Hurairah r.a berkata kepadanya, "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah saw." 

Kata lelaki tersebut, "Saya perlu, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat." 
Kata Abu Hurairah, "Kerana itu, saya biarkan saja orang itu." 

Esok pagi Nabi saw. bersabda, "Hal, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat perlu, kerana mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan, lalu saya biarkan saja dia." 

Sabda Nabi, "Sebenarnya dia dusta kepada mu dan ia akan kembali."

Abu Hurairah r.a yakin bahawa ia akan kembali kerana pemberitahuan Rasulullah saw. itu. Lalu Abu Hurairah r.a mengintip pada malam itu. 

Memang benar, orang itu datang lagi lalu diambilnya segenggam makanan, dan terus Abu Hurairah r.a tangkap. 

Kata Abu Hurairah r.a, "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah saw." 
Katanya, "Biarkanlah saya, kerana saya sangat perlu dan mempunyai keluarga. Sesudah ini tidak akan saya ulangi lagi." 

Abu Hurairah r.a pun merasa kasihan, lalu dia membiarkan lelaki itu. 

Pagi-pagi Rasulullah saw. bersabda pada Abu Hurairah r.a, 
"Hai, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?" 

Jawab Abu Hurairah r.a, "Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat perlu dan berkeluarga. Aku merasa kasihan kepadanya, lalu ku biarkan saja dia." 

Sabda beliau, "Sebenarnya ia dusta kepada mu, dan ia bakal kembali." 

Abu Hurairah r.a mengintip dia untuk ketiga kalinya. Memang benar, lelaki itu pun datang lalu diambilnya segenggam makanan, lantas ditangkap oleh Abu Hurairah r.a, seraya berkata. "Engkau mesti saya adukan kepada Rasulullah saw. Inilah yang ketiga kalinya engkau mengatakan tidak akan kembali, tetapi nyatanya engkau kembali juga." 

Katanya, "Lepaskanlah aku, nanti ku ajarkan kepada mu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah kepada mu, apabila engkau membaca kalimah itu." Kataku, "Apakah kalimah itu?" Jawabnya, "Apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat Kursi: Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum, (Al Baqarah, 2 : 255) hingga sampai akhir ayat. Maka engkau sentiasa dalam pemeliharaan Allah, sedangkan syaitan tidak akan berkati mu sampai pagi." 

Setelah itu Abu Hurairah r.a biarkan lelaki tersebut. 

Pagi itu Rasulullah saw. bersabda kepada Abu Hurairah r.a, "Apa yang diperbuat tawanan mu tadi?" Kata Abu Hurairah r.a, "Ya, Rasulullah! Dia ajarkan kepada ku beberapa kalimah katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Kerana itu ku biarkan dia." 

Sabda beliau, "Apakah kalimah itu?" , Jawab ku, "Ia mengatakan kepada ku, apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat kursi dari awal sampai akhir. Yakni. Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum.(hingga akhirnya). Katanya kepada ku: Engkau akan sentiasa, dalam pemeliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekati mu sampai pagi." Dan biasanya para sahabat itu sangat, mengingini kebaikan. 

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya ia telah benar kepada mu. Padahal ia sangat pendusta. Tahukah engkau, dengan siapa engkau bercakap-cakap selama tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?" Jawab Abu Hurairah, "Tidak!" Sabda beliau. "Itulah syaitan!"


Sumber: Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1122.

Isnin, 6 Februari 2012

Kepada suriku

Ya Sharikatul hayat,
Aku sedar aku mungkin bukan seperti apa yang kau idamkan selama ini
Mungkin aku banyak kekurangan daripada kelebihan
Mungkin aku bukan apa yang kau impikan untuk jadi ketua untukmu
Mungkin aku juga bukan yang kau cintai selama ini
Mungkin aku hanya idaman kepada kedua ibu bapa mu dan bukannya idamanmu
Dan mungkin aku juga akan berasa begitu
Tetapi sedarlah wahai sharikatul hayat, aku redha menerimamu seadanya
Aku tidak mungkin mengubahmu seperti apa yang aku idamkan selama ini
Cukuplah bagiku untuk menjadikanmu seorang isteri yang solehah
yang menepati kehendak syarak.
Yang tidak akan menjadi punca kepadaku untuk ditarik masuk olehmu kedalam neraka bahkan biarlah menjadi punca kepadaku untuk ditarik olehmu ke syurga
Cukuplah itu bagiku

Ya Zaujah, 
Aku banyak kekurangan untuk menjadi ketua dalam keluarga ini
Aku banyak kelemahan yang perlu diatasi 
Aku memerlukan seseorang yang mahu membantuku dalam menempuh kehidupan dunia ini yang mencabar
Bantulah aku wahai Zaujah
Jadilah isteri yang menjadi tongkat kepada si buta ini
Kembalikanlah aku sekiranya aku tersesat daripada jalanNya
Aku juga hamba yang lemah, lupa, alpa, leka dan lalai
Aku juga sedar bahawa aku bertanggungjawab ke atas dirimu
Untuk mendidikmu, mengajarmu dan membimbingmu menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya
Biarlah kehadiranmu didunia ini menjadi pelengkap kepada diriku
Biarlah kita saling lengkap melengkapi
Janganlah kau bermasam muka dengan ibu mertuamu
Janganlah kau bersangka buruk kepada ibuku dan keluargaku
Sedarlah olehmu bahawa sebagai anak lelaki, tanggungjawabku terhadap keluargaku tidak pernah berkurang
Aku bertanggungjawab kepada keluargaku, kepada dirimu dan kepada anak-anak kita...

Wallahualam...


Asas 6 Sifat

1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah.
Ertinya: Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
Laa ilaaha ilallah
Maksudnya: Mengeluarkan keyakinan pada makhluk dari dalam hati dan memasukkan keyakinan hanya kepada Allah di dalam hati.
Muhammadar Rasulullah
Maksudnya: Mengakui bahawa satu-satunya jalan hidup untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat hanya dengan mengikuti cara hidup Rasulullah SAW.


2. Solat khusyu' dan khudu'.
Ertinya: Solat dengan konsentrasi batin dan rendah diri dengan mengikuti cara yang dicontohkan Rasulullah.
Maksudnya: Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah dalam solat kedalam kehidupan sehari-hari.


3. Ilmu ma'adz zikir
Ilmu
Ertinya: Semua petunjuk yang datang dari Allah melalui baginda Rasulullah.
Zikir
Ertinya: Mengingati Allah sebagaimana Agungnya Allah.
Maksudnya Ilmu ma'adz Zikir:
Melaksanakan perintah Allah dalam setiap saat dan keadaan dengan menghadirkan ke-Agungan Allah mengikuti cara Rasulullah.


4. Ikramul Muslimin
Ertinya: Memuliakan sesama Muslim.
Maksudnya: Menunaikan kewajiban pada sesama Muslim tanpa menuntut hak daripadanya.


5. Tashihun Niyah
Ertinya:
Membersihkan niat.
Maksudnya:
Membersihkan niat dalam beramal, semata-mata kerana Allah.


6. Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah
Dakwah
Ertinya: Mengajak
Tabligh
Ertinya: Menyampaikan
Maksudnya:
Memperbaiki diri, iaitu menggunakan diri, harta, dan waktu seperti yang diperintahkan Allah.
Menghidupkan agama pada diri sendiri dan manusia di seluruh alam dengan menggunakan harta dan diri mereka

Kenapa Perlu Berdakwah



Setiap manusia yang telah beriman kepada Allah
Setiap manusia yang telah mengucapkan kalimah La'illahaillallah
Setiap manusia yang telah mempercayai bahawa tiada tuhan selain Allah
Setiap manusia yang telah menolak semua tuhan-tuhan yang ada di muka bumi ini selain Allah



Menjadi kewajipan baginya untuk berdakwah
Tidak kira sama ada dia itu muslimin atau muslimat
waima dia itu tua ataupun muda
waima dari bangsa apa sekalipun
maka, sangat cakna bagi kita untuk berdakwah.




Dakwah bermaksud penyiaran, propaganda, seruan untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama. 


Dakwah juga didefinisikan sebagai suatu proses upaya mengubah suatu situasi kepada situasi lain yang lebih baik sesuai ajaran Islam atau proses mengajak manusia ke jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala, iaitu agama Islam. '


Menurut Al-Qur’an, dakwah bermaksud menyampaikan kebenaran di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala. 


Hadis nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud 


"Sampaikan daripadaku walaupun 1 ayat, tidak mengapa ceritakan dari bani Israil dan barangsiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka siap tempat duduk di dalam neraka" 


Kenapa kita perlu berdakwah???

1) Mencari redha Allah


2) Mengikut sunnah Rasulullah.


3) Wajib ke atas setiap muslim untuk amar makruf dan nahi munkar


4) Supaya tidak ditimpa kemurkaan A;llah.


5) Mengelakkan maksiat dan kemungkaran terus berlaku


serta banyak lagi sebab kita perlu berdakwah.. Wallahualam...

Kisah Heraelius Kaisar

Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Abu Sufyan bin Harb bercerita kepadanya, bahawa Heraelius berkirim surat kepada Abu Sufyan menyuruh ia datang ke Syam bersama khalifah saudagar Quraisy. Waktu itu Rasulullah saw. sedang dalam perjanjian damai dengan Abu Sufyan dan dengan orang-orang kafir Quraisy. Mereka datang menghadap Heraelius di Ilia terus masuk ke dalam majlisnya, dihadapi oleh pembesar-pembesar Rumawi. Kemudian Heraelius memanggil orang-orang Quraisy itu beserta Jurubahasanya. Heraelius berkata, Siapa di antara Anda yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan laki-laki yang mengaku dirinya Nabi itu?" Jawab Abu Sufyan. "Saya ! Saya keluarga terdekat dengannya." Berkata Heraelius (kepada jurubahasanya), "Suruh dekat dekatlah dia kepada ku. Dan suruh pula para sahabatnya duduk di belakangnya." Kemudian berkata Heraelius kepada Jurubahasanya, "Katakan kepada mereka bahawa saya akan bertanya kepada orang ini (Abu Sufyan). Jika dia berdusta, suruhlah mereka mengatakan bahawa dia dusta." Pertanyaannya yang pertama, "Bagaimanakah turunannya di kalanganmu?" Aku jawab, "Dia turunan bangsawan di kalangan kami." Heraelius, "Pernahkah orang lain sebelumnya mengumandangkan apa yang telah dikumandangkannya?" Jawab ku, "Tidak pernah." Heraelius, "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja?" Jawab ku, "Tidak!" Heraelius, "Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah orang-orang biasa?" Jawab ku, "Hanya terdiri dari orang-orang biasa." Heraelius, "Apakah pengikutnya semakin bertambah atau berkurang?" Heraelius, "Adakah di antara mereka yang murtad, kerana mereka benci kepada agama yang dipeluknya itu?" Jawab ku, "Tidak!" Heraelius, "Apakah kamu menaruh curiga kepadanya dia berdusta sebelum dia mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang? Jawab ku, "Tidak!" Heraelius, "Pernahkah dia melanggar janji?" Jawab ku, "Tidak! Dan sekarang, kami sedang dalam perjanjian damai dengan dia. Kami tidak tahu apa yang akan diperbuatnya dengan perjanjian itu." Kata Abu Sufyan menambahkan, "Tidak dapat aku menambahkan kalimat lain agak sedikit pun selain kalimat itu." Heraelius, "Pernahkah kamu berperang dengannya?" Jawab ku, "Pernah." Heraelius, "Bagaimana peperanganmu itu?" Jawab ku, "Kami kalah dan menang silih berganti. Dikalahkannya kami dan kami kalahkan pula dia." Heraelius, "Apakah yang diperintahkannya kepada kamu sekalian?" Kata Heraelius kepada jurubahasanya, "Katakan kepadanya (Abu Sufyan), saya tanyakan kepada mu tentang turunannya (Muhammad), kamu jawab dia bangsawan tinggi. Begitulah Rasul-rasul yang terdahulu, diutus dari kalangan bangsawan tinggi kaumnya." Saya tanyakan, "Adakah salah seorang di antara kamu yang pernah mengumandangkan ucapan sebagai yang diucapkannya sekarang?" Jawabmu, "Tidak!" Kalau ada seseorang yang pernah, mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang, nescaya aku katakan, "Dia meniru-niru ucapan yang diucapkan orang dahulu itu." Saya tanyakan, "Adakah di antara nenek moyangnya yang jadi raja?" Jawabmu, "Tidak ada!" Kalau ada di antara nenek moyangnya yang menjadi raja, nescaya ku katakan, "Dia hendak menuntut kembali kerajaan nenek moyangnya." Saya tanyakan, "Adakah kamu menaruh curiga kepadanya bahawa ia dusta, sebelum ia mengucapkan apa yang diucapkannya sekarang?" Jawabmu, "Tidak!" Saya yakin, dia tidak akan berdusta, terhadap manusia apa lagi kepada Allah. Saya tanyakan, "Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah orang-orang biasa?" Jawabmu, "Orang-orang biasa." Memang, mereka jugalah yang menjadi pengikut Rasul-rasul. Saya tanyakan, "Apakah pengikutnya makin bertambah banyak atau semakin kurang?" Jawabmu, "Mereka bertambah banyak." Begitulah halnya iman hingga sempurna. Saya tanyakan, "Adakah di antara mereka yang murtad kerana benci kepada agama yang dipeluknya, setelah mereka masuk ke dalamnya?" Kamu jawab, "Tidak." Begitulah iman, apabila ia telah berdarah daging sampai ke jantung hati. Saya tanyakan, "Adakah ia melanggar janji?" Kamu jawab, "Tidak." Begitu jugalah segala Rasul-rasul yang terdahulu, mereka tidak suka melanggar janji. Saya tanyakan, "Apakah yang disuruhkannya kepada kamu sekalian?" Kamu jawab, "Ia menyuruh menyembah Allah semata-mata, dan melarang mempersekutukanNya. Dilarangnya pula menyembah berhala, disuruhnya menegakkan solat, berlaku jujur dan sopan (teguh hati)." Jika yang kamu terangkan itu betul , semuanya, nescaya dia akan memerintah sampai ke tempat aku berpijak di kedua telapak kaki ku ini. Sesungguhnya aku telah tahu bahawa ia akan lahir. Tetapi aku tidak mengira bahawa dia akan lahir di antara kamu sekalian. Sekiranya aku yakin akan dapat bertemu dengannya, walaupun dengan susah payah aku akan berusaha datang menemuinya. Kalau aku telah berada di dekatnya, akan ku cuci kedua telapak kakinya. Kemudian Heraelius meminta surat Rasulullah saw. yang diantarkan oleh Dihyah kepada pembesar negeri Bushra, yang kemudian diteruskannya kepada Heraelius. Lalu dibacanya surat itu, yang isinya sebagai berikut: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya. Kepada Heraelius, Kaisar Rumawi. Kesejahteraan kiranya untuk orang yang mengikut petunjuk. Kemudian, sesungguhnya saya mengajak Anda memenuhi panggilan Islam. Islamlah! Pasti Anda selamat. Dan Allah akan memberi pahala Anda dua kali lipat. Tetapi jika anda enggan, nescaya anda menanggung dosa seluruh rakyat. Hai, Ahli Kitab! Marilah kita dalam satu kalimah prinsip sama antara kita, iaitu supaya tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah, dan jangan mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun. Dan janganlah sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain menjadi Tuhan selain daripada Allah. Apabila Anda enggan menuruti ajakan ini, akuilah bahawa kami ini Muslim! Kata Abu Sufyan, "Selesai ia mengucapkan perkataannya dan membaca surat itu, ruangan menjadi heboh dan hiruk pikuk; kami pun disuruh orang keluar. Sampai di luar, aku berkata kepada kawan. "Sungguh menjadi masalah besar urusan Anak Abu Kabsyah. Sehingga raja bangsa kulit kuning itu pun takut kepadanya. Aku yakin, Muhammad pasti menang hingga oleh kerananya Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku." Ibnu Nathur, pembesar negeri Ilia, sahabat Heraelius dan Uskup(kepala pendeta) Nasrani di Syam, dia menceritakan, "Ketika Heraelius datang ke Ilia, ternyata fikirannya sedang kacau. Oleh sebab itu banyak di antara para pendeta yang berkata: "Kami sangat hairan melihat sikap Anda." Selanjutnya kata Ibnu Nathur, "Heraelius adalah seorang ahli nujum yang selalu memperhatikan perjalanan bintang- bintang. Dia pernah menjawab pertanyaan para pendeta yang bertanya kepadanya. Pada suatu malam ketika saya mengamati perjalanan bintang-bintang, saya melihat Raja Khithan telah lahir. Siapakah di antara umat ini yang telah dikhatan?" Jawab para pendeta itu. "Yang berkhatan hanyalah orang Yahudi. Janganlah Anda risau kerana orang Yahudi itu. Perintahkan saja ke seluruh negeri dalam kerajaan Anda, supaya orang-orang Yahudi di negeri itu dibunuh." Ketika itu dihadapkan kepada Heraelius seorang utusan Raja Bani Ghassan untuk menceritakan perihal Rasulullah saw. Setelah orang itu selesai bercerita, lalu Heraelius memerintahkan agar dia diperiksa, apakah dia berkhatan atau tidak. Setelah diperiksa, ternyata memang dia berkhatan. Lalu diberitahukan orang kepada Heraelius. Heraelius bertanya kepada orang itu tentang orang-orang Arab lainnya, "Dikhatankah mereka atau tidak?" Jawabnya, "Orang-orang Arab itu dikhatan semuanya." Heraelius berkata, "Inilah raja umat. Sesungguhnya dia telah lahir." Kemudian Heraelius berkirim surat kepada seorang sahabatnya di Rome, yang ilmunya setaraf dengan Heraelius (menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad saw.). Dan sementara itu ia meneruskan perjalanannya ke negeri Hims. Tetapi sebelum dia sampai di Hims, balasan surat dari sahabatnya itu telah tiba lebih dahulu. Sahabatnya itu menyetujui pendapat Heraelius bahawa Muhammad telah lahir dan beliau memang seorang Nabi. Heraelius mengundang para pembesar Rome supaya datang ke tempatnya di Hims. Setelah semuanya hadir dalam majlisnya, Heraelius memerintahkan supaya mengunci setiap pintu. Kemudian dia berkata, "Wahai, bangsa Rome! Mahukah Anda semua beroleh kemenangan dan kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita? Kalau mahu, akuilah Muhammad itu sebagai Nabi!" Mendengar ucapan itu mereka lari bagaikan keldai melihat keadaan demikian, padahal semua pintu telah terkunci. Heraelius jadi putus harapan yang mereka akan iman (percaya kepada Nabi Muhammad saw.). Lalu diperitahkannya supaya mereka kembali ke tempat mereka masing-masing seraya berkata, "Sesungguhnya saya mengucapkan perkataan saya tadi, hanya sekedar menguji keteguhan hati Anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan itu. Lalu mereka sujud di hadapan Heraelius dan mereka senang kepadanya. Demikianlah akhirkisah Heraelius.

Ahad, 5 Februari 2012

Kisah Pendakwah dan Mubaligh

Kenapa Umat Islam 'Sembah' Kaabah?



Mubaligh : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
         
          Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Mubaligh : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah,satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab ….Handphone Mubaligh itu berbunyi …..
Mubaligh menjawab panggilan telefonnya ….Pendakwah sabar menanti …..Setelah Mubaligh selesai menjawab panggilannya,dia merenung kepada Pendakwah ….Pendakwah tersenyum ….


Mubaligh : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

            Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Mubaligh : Awak tak ada jawapan ?

           Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk   membuat soalan yang awak ajukan kepada saya.Saya dapati awak kurang siuman.

Mubaligh : Mengapa awak cakap begitu ?

              Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”…

Mubaligh : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

                 Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Mubaligh : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Mubaligh semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

                 Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Mubaligh menghulurkan  handphonenya kepada Pendakwah. 
Pendakwah mengambil  handphone tersebut dan  membelek-belek handphone tersebut ….
Pendakwah menggooncang-goncang  handphone tersebut sambil mengetuk-ngetuk  handphone tersebut ke muka meja …
Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati  handphone tersebut ke lantai …..bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Mubaligh menahan marah.
Pendakwah merenung muka Mubaligh sambil tersenyum ….


             Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun.Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Mubaligh : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless.Awak tak guna otakkah ?

              Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum). Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. Begitu juga dengan awak dan telefon.
Emak awak menelefon awak menggunakan handphone ,ini bukan bermakna emak awak ada dalam  handphone tu.Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak,barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak,dan awak boleh berbual melalui handphone walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya,mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Mubaligh …"Nah, ini duit untuk awak beli  handphone yang baru …."Pendakwah terus meninggalkan Mubaligh itu yang masih kelihatan confuse ….Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Kisah Nabi Idris

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta membeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~


1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
 3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
 4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
 6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
 7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
 8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dpt bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu





_______________________________________________________________________

Sumber:


IRWAN RAKHMAWAN | KISAH NABI IDRIS A.S.
Copyright irvha160109 irwan01@webmail.umm.ac.id
http://irvha160109.student.umm.ac.id/2010/08/19/kisah-nabi-idris-a-s/


http://fajar.ibrahim.tripod.com/


RASULLAH MENANGIS DI PADANG MASYAR

Daripada abbas r.a , Rasullah bersabda: Org pertama yang di bangkitkan dari kubur ketika hari kiamat ialah Muhammad s.a.w. Jibril akan membawakannya seeokr buraq. Israfil akan membawa bendera dan mahkota. izrail membawa pakaian dari syurga.

Israfil bersuara, wahai roh yang baik! kembalilah kepada tubuh yg baik! Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, ketika rasullah sdg berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepalanya dan janggutnya. Baginda melihat kiri dan kanan, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya di pipi.

Bginda s.a.w bersabda, ''wahai kekasihku jibril, gembirakan lah aku''
Jibril a.s berkata, ''apakah yg kamu lihat di hadapanmu?''
baginda s.a.w bersabda ''bukan itu seperti pertanyaanku,''
jibril kembali berkata ''tidakkah kamu melihat bendera kepujian terpacak di atas mu?''
baginda s.a.w bersabda ''bukan itu pertanyaan ku''

Rasullah bersabda ''aku bertanyakan keadaan umatku. Di mana perjanjian mereka?''
baginda s.a.w bersabda ''Nescaya akan kuatlah pertolongan hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku,''

Jibril a.s menyeru, ''wahai sekalian makhluk, datanglah kepada tempat perhimpunan yg telah di sediakan allah taala

umat2 dtg dalam keadaan satu2 kumpulan. Setiap kali nabi muhammad s.a.w berjumpa satu2 umat, baginda kan bertanya, ''di manakah umatku''

jibril a.s berkata, ''wahai muhammad, umatmu adalah yg terakhir''

apabila nabi isa a.s dtg, jibril a.s menyeru ''Tempatmu'' maka nabi isa dan jibril menangis.
maka nabi muhammad s.a.w bertanya ''kenapakah kamu berdua menangis??''
jibril a.s berkata ''bagaimanakah keadaan umatmu ,muhammad?''

nabi muhammad bertanya, ''di manakah umatku?''
jibril berkata ''mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan,''
lalu mendengarnya ,nabi muhammad menangis dan bertanya ''wahai jibril, bagaimanakah keadaan umatku yang berdosA?''
jibril berkata ''lihatlah mereka wahai muhammad''

Nabi muhammad s.a.w bertemu umatnya yg berdosa. Mereka menangis dan memikul beban di atas belakang mereka sambil berkata ,''wahai muhammad''

nabi muhammad bersabda, ''wahai umatku''
mereka berkumpul di sisinya. Umat2nya menangis.

Allah taala berfirman dalam keadaan Dia tahu akan perkara tersembunyi ''Di mana umat nabi muhammad?''
jibril a.s berkata, ''mereka adalah sebaik umat''

Allah taala berfirman ''wahai jibril, katakan kepada kekasihku ,Muhammad s.a.w ,bahawa umatnya akan di tayangkan di hadapanKu''
Jibril a.s kembali sambil menangis lalu berkata ''wahai muhammad! umatmu telah dtg utk di tayangkan kpd Allah''
Nabi Muhammad berpaling kepada umatnya lalu berkata ''Sesungguhnya ,kamu semua telah di panggil utk di hadapkan kpd Allah s.w.t''

Alalh taala berfirman, ''hari ini aku akan membalas setiap jiwa dgn apa yg mereka usahakan. Hari ini Aku akan memuliakan siapa yg mentaatiKu,dan Aku akan mengazab sesiapa yg menderhaka terhadapKu''

suara jeritan dan tangisan semakin kuat,Nabi Muhammad s.a.w menyeru ''wahai tuhanku, penguasa, penghuluku, aku tidak meminta utk diriku, sesungguhnya aku meminta utk umatku dariMu''

ketika itu neraka jahanam berkata ''siapakah yg memberi syafaat kpd umatnya''
neraka pula berseru ''wahai tuhanku, penghuluku ,penguasaku, selamatkan lah muhammad dan umatnya dari seksaannya, selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! sesungguhnya mereka umat yg lemah. Mereka tidak akan sabar dgn seksaan''

nabi muhammad s.a.w bertambah sedih. air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. dan sekali lagi baginda rukuk utk memberi syafaat kpd umatnya.

para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. mereka berkata ''maha suci Allah. Hamba yang paling di muliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.

fatimah r.a berkata '' di akhirat nanti di manakah aku hendak mendptkanmu wahai ayahku''

baginda s.a.w menjawab ''kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum utk umatku''

tatkala umat nabi muhammad mencari mimbar nabi muhammad utk mendptkan syafaat pada hari kiamat. mariam, asiah, khadijah dan fatimah az -zahra sedang duduk. Ketika mariam melihat umat nabi muhammad s.a.w ,dia berkata ''ini umat nabi muhammad yg sesat dari nabi mereka''

''ini umatmu wahai muhammad, mereka berkeliling mencarimu utk meminta syafaat kpd Allah s.w.t''

Nabi Muhammad menjerit dari mibar lalu bersabda ''marilah kpdku wahai umatku! wahai sesiapa yg beriman dan tidak pernah melihatku. Aku tidak pernah laridari kamu melainkan aku sentiasa memohon kpd Allah Taala utkmu''

nabi muhammad bersabda kepada malaikat malik ''wahai malik, dgn kebenaran Allah Taala ke atasmu, palinglah wajahmu dari umatku,sehingga mereka dpt melepasi, jika tidak hati mereka akan gementar melihatmu''

SETIAP KALI BAGINDA MELIHATSEORG DARI UMATNYA BERGAYUT DI ATAS SIRAT, BAGINDA S.A.W AKAN MENARIK TGNNYA DAN MEMBANGUNKANNYA KEMBALI.

NABI MUHAMMAD BESABDA ''WAHAI TUHANKU, SELAMATKAN LAH MEREKA, SELAMATKAN LAH MEREKA

Betapa sygnya ya rasullah kepada kita, oleh itu sentiasalah kasih padanya, selawatlah ke atas baginda dan sayangilah dirinya setiap masa...

Khamis, 26 Januari 2012

Zaman Kanak - kanakku




✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯ ✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯ ✿•

(¯`v´¯)Budak2 yg lahir pd thn 80/90an.. mesti ingat mase time sek rendah dulu....
`·.¸.·♥¸.•❤•..*•.¸❤¸.•❤•..*•.¸❤.¸♥¸.•❤•..*•.¸❤¸.•❤•..*•.¸❤.¸♥¸.•❤•

✿ 1. kt sekolah ade salesman jual buku cerita.. ari nie bg list, esok mintak duit beli.. 

✿ 2. kat library.. budak2 mmg baca buku, tp just tengok gambar jer.. bile ade program Nilam, mula laa sebok semua nak pinjam buku..

✿ 3. RMT kat sekolah mkn x best.. tp yg berduit pon join RMT.. x phm....

✿ 4. pakai pensel box yg bole bkk tutup dpn blkg.. pastue ade sharpener kt tgh2 die..

✿ 5. main lwn pemadam.. syg nak guna utk padam.. padahal fungsi sbnr utk padam.. 

✿ 6. pakai pembaris yg bergerigi.. yg kt dlmnye ade air.. pastue ade bende berkilat kt dlm air tue.. kdg2, ikan kecik2 pon boleh ade kt dlm pembaris tue.. pelik2..

✿ 7. cikgu pakai pembaris kuning pjg.. dan ade pemegang kat tgh2 tue.. tp x pernah nmpk cikgu pgg pon kat situ.. 

✿ 8. bulu ayam dh jd ramping.. bulunye pon dh terkeluar2.. krn sering dijadikan sebagai rotan.. 

✿ 9. time pendidikan seni.. lukis sume boleh, tp bile time kaler sume hampeh.. ade gak buat anyaman pakai kertas warna la, kolaj la, ape la... 

✿ 10. main game 2D.. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.. 

✿ 11. jam tgn Boy London jd idaman.. sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca..

✿ 12. takut BCG.. tp pas inject, poyo la pulak.. dan bile dh dewasa, suka usik2 BCG..

✿ 13. balik sekolah beli Tora.. xpon Dendang.. JoJo pon best gak.. tp mahal skit.. 2 hinggit kalau x silap.. Beli semata2 sbb nk mainan kt dlm.. coklat die x mkn pon.. 

✿ 14. pakai kasut brlampu kt tapak.. yg iklan die kt tv, bole tembak alien tue..

✿ 15. Suke sgt beli komik; Doraemon, Kawan atau Bip.. kalau majalah; Ujang, Din Beramboi.. up skit Apo.. edisi Bumper Raya wajib beli..

✿ 16. Siri kartun yg sgt famos time tue; Dragon Ball, Power Rangers, Ultraman, Ninja Turtles, Thundercats, Maskman, Keluang Man, Gaban dan mcm2 lg..

✿ 17. dan benda yg paling korg syg ialah bantal busuk korg.. x leh tdo mlm kalau ianya xde.. walaupun dh berabad x basuh... =_=''

huhu~ mesti korg sume tersengeh2 bile bace mende nih an?.. 
korg sume rinduuu~ x time nie??.... (^_______^) 

"kawan2.. jgn dilupekan sume nie.. sbb budak2 zmn skrng, x smpt nk lyn bende2 mcm nie.. dorg skrng, asyik dok ngadap tv, ps, x pon laptop.. zmn kite yg best.. happening jer.. kite akan sentiasa berubah.. cume, asal-usul kite jer yg permanent.." ❤ 

✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯ ✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯ ✿•



Muhasabah diri sebentar...

Kita sebenarnya.....

--> lebih gembira menyambut 1 Januari drpd 1 Muharram..


--> lebih tahu apa itu 14 Februari drpd 12 Rabiulawal..


--> lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad drpd hari Jumaat..


--> lebih khusyuk mendengar lagu drpd mendengar Azan..


--> lebih suka lepak, tidur, tengok TV menonton bola..dan lain2 drpd solat dan mengaji..


--> lebih tahu tentang artis pujaan kt drpd nama nabi-nabi Allah..


-->lebih suka menyebut hello! dan hi! drpd Assalamualaikum...


-->lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dan lain2 drpd berwirid atau bertahmid..


--> lebih suka memuji manusia drpd Tuhan kt sendiri..


--> lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku-buku agama..


--> lebih suka ke konsert, karaoke drpd ke ceramah agama..


--> lebih suka memaki, mengumpat org drpd memuji mereka..


-->lebih suka mencarut, @#!*@!! drpd menyebut MasyaAllah..


-->lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan..


--> lebih bangga dgn kejahilan kt drpd bersyukur dgn
keimanan kt..


--> lebih cintakan dunia drpd urusan akhirat..

TETAPI bila ditanya arah tujuan kt, kt pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke SYURGA daripada ke Neraka ! 



Layakkah kt dgn SYURGA MILIK ALLAH??..

Wallahualam..



sama2 muhasabah diri..


Assalamualaikum wbt.. :)

Kisah Dari Seorang Sahabat Istimewa

Assalamualaikum...

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Baca kisah mengenai 3 panggilan Allah kepada hambaNya ini. Semoga mendapat pengajaran dan manfaat darinya.

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. ..aku bertanya pada Ibu.

‘Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dengan Umrah….?’

Maklumlah, ini pertama kali aku ber Umrah.

Dan Ibu, memberikan penerangannya…

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya telah menyertai rombongan Umrah pada bulan July 2007 yang lalu.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kaabah.

Pada kesempatan itu aku untuk bertanya tentang Umrah kepada ibu.

Ibu berkata…’Hassan, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup…’

Keningku berkerut….

‘Sedikit sekali Allah memanggil kita..?’

Ibu tersenyum… ‘Yer, tahu tak apakah 3 panggilan itu…?’

Aku menggelengkan kepala.


♥ ‘Panggilan pertama adalah Azan‘, ujar Ibu…

‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, samaada hambaNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya pada hari kebangkitan nanti’.

Saya terpaku…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambat-lambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Astaghfirullah…

Ibu terus berbicara…

♥ ‘Hassan, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi. Yang kaya raya duit bertimbun-timbun, tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi. Ada yang memang merancang dan terkabul. Tapi ada juga yang sebaliknya.

Ketika kita memasang niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaikallahummalabbaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.

♥ ‘Dan panggilan ke-3′, terang ibu lagi, ‘adalah KEMATIAN.

Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya adpat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Hassan, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.

Insya Allah syurga adalah balasan untukmu…’

Ibu mematikan bicara sekadar itu. Aku termanggu…

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat….

Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.



::NUKILAN::

♥...SITI SALWANI NUR ILHAM SRIKANDI PENCINTA ILLAHI ♥
♥...LOVE ALLAH FOREVER ♥::♥... ISLAM IS MY WAY ......♥

Isnin, 16 Januari 2012

PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Siapakah??



Siapakah orang yang sibuk? 
~ Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a . s 








Siapakah orang yang manis senyumannya? 
~ Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun . " Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman . 


Siapakah orang yang kaya? 
~ Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin? 
~ Orang yang miskin adalah org tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 





Siapakah orang yang rugi? 
~ Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.




Siapakah orang yang paling cantik? 
~ Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.  





Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
~ Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang . 


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
~ Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
~ Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka . . 


Isnin, 2 Januari 2012

SYAITAN PUN TAKUT...

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah  bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. 


Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sobat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu..