Ahad, 17 Julai 2011

Syirik Khafi

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.


Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui hadis Nabi Muhammad SAW: 

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.”
(Hadis riwayat Muslim)

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali.(terang dan nyata).


__________________________________________________________________________________

Bismillah hir Rahman nir Rahim... Asalammualaikum... Tujuan sy tulis post ni hanya   nak cerita sikit mengenai Syirik khafi

Sy pilih tajuk ni sbb sy rase ramai yang sedar mengenai syirik Jali iaitu menyekutukan Allah dlm apa bentuk seperti perkataan, perbuatan pegangan dan iktikad.. 

Syirik jali yang setiap umat Islam cuba elak daripada melakukannya. Tetapi dalam berjaga-jaga itu, syirik khafi atau syirik tersembunyi sebenarnya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang Islam. 

Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Ini terjadi dan dilakukan samaada kita sedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar. 

Bentuk-Bentuk Syirik Khafi
1) Bergantung Hati Kepada Sesuatu Selain Allah

Contoh 1 :
Seorang lelaki yang telah sembuh dari sakit, merasakan ubat yang dimakan itulah yang menyembuhkan penyakitnya.*p/s ubat x mmpu memberikan manfaat @ mudarat kpd kita sekiranya tiada izin Allah. Ingat! ubat adalah makhluk Allah. Makhluk tiada kuasa. hanya Allah yg maha kuasa.
Contoh 2 :
Seorang Pengarah Syarikat yang berjaya membawa kejayaan kepada syarikat merasakan kejayaan tersebut dicapai hasil usahanya dan dibantu oleh pekerja-pekerja lain. 

2) Ujub
Menurut Imam Al-Ghazali ;
"Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan nikmat pada diri seseorang. Terjadi 'ujub adalah didalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan".
Contoh:
Seseorang wanita yang cantik berasa betapa hebatnya diri dengan kecantikan tersebut.


3) Riya'
Riya' dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan.
Niat hati seseorang perlu di awasi pada 3 keadaan ketika beramal.;
1)   Pada permulaan melakukan ibadat.
2)   Ketika sedang melakukan ibadat.
3)   Setelah selesai melakukan ibadat.

Kebanyakan orang beramal biasanya ikhlas pada permulaan ibadatnya.  Tetapi gangguan riya' datang ketika sedang beramal atau sesudah beramal. 
Dengan demikian seseorang wajib berhati-hati dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba mewaswaskan hati supaya berubah niat.
Nk kongsi kat cni, sahabat sy dari Kedah pernah kata, "kita buat sesuatu amal ni bermula dgn niat(hati). tp jgn sampai hati kita ini membatalkan segala amal yg kita buat." sy tertarik dgn ape yg shabat sy katakan itu.

4) Takabbur (Membesarkan Diri)
Takabur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain.  Sifat ini lahir dari hati dan ada kalanya terzahir dalam perkataan dan perbuatannya. Takabur adalah mencabar kekuasaan Allah : Sabda Rasulullah SAW, Firman Allah idalam Hadis Qudsi,
"Takabur itu selendangku dan Kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barang siapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan." (Riwayat Muslim)
Punca wujudnya takabur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.
1. Takabur dengan Ilmu.
2. Takabur dengan Amal
3. Takabur dengan tubuh badan – kecantikan,  kekuatan dan lain-lain
4. Takabur dengan harta,  anak dan kekayaan dunia.
5. Takabur dengan banyak pengikut
6. Takabur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabur dengan kekuasaan.
*p/s pendek kata, jangan pernah kita merasakan diri kita ini lebih baik daripada orang lain. tanamkanlah dalam hati bahawa orang lain lebih baik dari diri kita.

Dari Abu Musa al-Asy’ari رضي الله عنه, beliau berkata: Pada suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berkhutbah kepada kami, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Wahai manusia takutilah syirik ini karena dia lebih samar dari semut yang merayap”. Maka ada yang bertanya: “Bagaimana kita menghindarinya wahai Rasulullah, sedangkan ia lebih samar dari semut yang merayap?”. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Kalian bacalah do’a :
اَللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُهُ

Ya Allah, Kami berlindung kepadaMu dari menyengutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepadaMu dari segala sesuatu yang tidak kami ketahui.” 

(Hadits riwayat: Imam Ahmad)


Alhamdulillah, atas ape yg kite bace nie, dpt kita same2 amalkan dan kita sebar2kan kepada sahabat2 yg lain.. Insha-Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan