Sabtu, 4 Jun 2011

Cukur Jambul

Asalammualaikum. Baru2 nie, aku telah berpeluang utk menghadiri majlis tahlil dan cukur jambul bg ank sedare yg baru saje dilahirkan kt umah tok sedare aku. Aku pun baru pertama kali berpeluang utk join event2 mcm ni. Selalu nie hanye skadar tengok2 dari tepi je. Tok sedare aku wt majlis berzanji, tahlil ringkas dan cukur jambul pd mase tu. Bak kata orang putih, 3 in 1. Wah! gempak kan?


Cukur jambul ni juga boleh dikenali sebagai cukur rambut. Majlis ini dilakukan selepas 7 hari kelahiran bayi tersebut. Biasanya, kenduri tahlil dan doa selamat pun diadakan pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan berzanji. Bacaan berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'. Bacaan berzanji ini biasanya dilakukan dengan niat mendapat keberkatan. Seterusnya, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. 




Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. 
Alat2 yg digunakkan


Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.


Tok Sedare aku juge ade wt aqiqah pd hari tu utk cucu die tu.. 2 ekor kambing telah diaqiqahkan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Selepas majlis, semua jemaah berpeluang merasa dan menjamah daging kambing yang telah diaqiqahkan itu tadi. bertepatan dengan sunat-sunat aqiqah itu sendiri iaitu daging aqiqah perlulah dimasak manis dan dibuat jamuan dan kenduri atas daging tersebut.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan