Isnin, 16 Januari 2012

Siapakah??



Siapakah orang yang sibuk? 
~ Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a . s 








Siapakah orang yang manis senyumannya? 
~ Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun . " Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman . 


Siapakah orang yang kaya? 
~ Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin? 
~ Orang yang miskin adalah org tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 





Siapakah orang yang rugi? 
~ Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.




Siapakah orang yang paling cantik? 
~ Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.  





Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
~ Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang . 


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
~ Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
~ Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka . . 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan