Isnin, 6 Jun 2011

Tanjung balau

Hujung minggu yg lalu, aku ngan family aku telah melawat pantai Tanjung Balau. Pantai nie x jauh pun dari umah aku. Dalam jangkaan aku, jarak dari umah aku ke Tanjung Balau hanya memakan masa selama kurang drpd 30 minit... Ari nie, aku nk cite ckit tntang latar belakang Tnjung Balau ni. Aku pun bukannya mahir sgt ngan tempat nie, cume nk share r ckit ngan reader2 semua..




Tnjung Balau ngan family aku da memng x asing sbenarnya. Aku membesar dengannya. Dari kecik sampai skang ni, itulah lokasi utama tmpat family aku slalu vacation... Pantai ni sering dikunjungi oleh pelancong2 tempatan khususnya rkyt Johor ni. Bile musim cuti umum, ramai r yg dtg. Ade yg konvoi nek motor, kreta, atau yg bersama keluarga. ada juga agensi2 yg tertentu buat Hari Keluarga kt cni. Jdi, Tnjung balau ni memang famous r.


erm, kembali ke tajuk utama. Tanjung balau ni terletak bersebalahan dengan Pantai Desaru. Tanjung Balau menawarkan keindahan panorama yang indah. Kt cni juga ade perkampungan nelayan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau yang sedia dikunjungi.


Di perkampungan nelayan, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan penduduk dan merasai kehidupan sebenar mereka dengan tinggal bersama-sama dengan mana-mana keluarga. Di samping, berpeluang merasai masakan tradisi yang pelbagai dan sedap.


Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dibina dalam tahun 1985. Muzium ini menyimpan pelbagai khazanah berkaitan cara hidup, teknik dan perkakasan nelayan sejak zaman-berzaman. Muzium ini terbahagi kepada lima galeri iaitu Geologi, Kejora, Kapal Karam Desaru serta Komunikasi dan Keselamatan Laut.






Ia dibuka setiap hari kecuali hari Rabu. Bayaran masuk adalah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Bagi yang mengikuti rombongan sekolah, bayarannya adalah RM1. Antara yang dipamerkan di muzium ini adalah replika beberapa jenis bot nelayan.


Kemudahan yang terdapat di  Tanjung Balau ni termasuk surau, tempat makan dan tandas. Bagi golongan pengunjung pencinta alam, mereka boleh melihat anak-anak monyet berkeliaran mencari makanan... pengunjung boleh memberi makan kepada monyet2 tersebut. cume dinasihatkan supaya keselamatan diri adalah tanggungjawab masing2... walaupun monyet2 yg ade tu kdg2 jinak, tp mereka juga kdg2 agresif.

Bg yg nk bermalam kt Tg balau ni, mereka boleh memasang khemah sendri ataupun menginap dimana2 chalet @ resort yg ade. Aktiviti memancing juga boleh dilakukan di sni... kdg2, ada tournament memancing ikan  diadakan di cni.. jd sape2 yg kaki mancing bolehlah try tnjukkan kehebatan msing2 dsni.. hadiah pun agak lumayan. utk waktu2 trtntu, terdapat program & acara sperti pameran, konsert, dan karnival akn diadakan kt tg balau ni. jd sape2 yg tiggl brdekatan ngan tg balau mcm kt tmpt aku nie psti xan lepaskan peluang nie...

kepada pelancong yg nk melancong di pantai tg balau nie:

Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Tanjung Balau kira-kira 1km dari simpang tersebut..

##########################################################
Rujukan:

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/kota_tinggi/

http://www.virtualmalaysia.com/destination/tanjung%20balau%20beach.html

http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=162:muzium-nelayan-tanjung-balau-&catid=43:riadah&Itemid=98


2 ulasan: