Selasa, 13 Disember 2011

Rahsia Khusyuk Dalam Solat


Khusyuk adalah persoalan utama dalam solat selepas rukun-rukunnya. Solat tanpa khusyuk sama seperti lagu tanpa irama.. Malah sifat khusyuk ini dikira sebagai satu sifat mukmin yang disebut oleh Allah swt dalam firmanNya dalam Surah al mukminun , yang mafhumnya:

” berjayalah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyuk di dalam solatnya…”


Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :



1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.


2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.


3) Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.


Mari sejenak kita melihat beberapa cara untuk membantu kita khusyuk di dalam solat, semoga kita boleh mempraktikkannya menjadikan solat kita lebih berkualiti :
- Memperelokkan suara dan bacaan Al Quran.
- Memanjangkan qiam [berdiri].
- Memperbanyakkan doa ketika bersujud.
- Toma’ninah dalam solat
- Mengingati mati ketika solat.
- Mentadabbur ayat-ayat yang dibaca.
- Melihat ke tempat sujud.
- Memohon perlindungan dari Allah dari perasaan was-was.
- Merasakan bahawa Allah mengasihi orang yang solat.
- Merasakan bahawa ia adalah solat yang terakhir.







“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan