Khamis, 26 Mei 2011

Seburuk- buruk Yahudi....

Seburuk- buruk Yahudi,
Mereka mendidik anak-anak mereka untuk menjadi genius semenjak dari dalam kandungan lagi....

Sedangkan kita, kita dituntut membaca dan memperdengarkan ayat-ayat suci Al Quran dan selawat ketika mengandung supaya anak-anak kita akan menjadi seorang yang berguna.... Adakah kita melakukannya?

Seburuk- buruk Yahudi,
Mereka amat menjaga pemakanan mereka untuk kekal sihat...

Sedangkan kita, kita digalakkan untuk menjaga pemakanan kita. Jangan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan, makanan segera dan minuman berkarbonat... 

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat. Adakah kita menyedarinya?


Seburuk-buruk Yahudi,
Mereka tidak merokok. bagi mereka, merokok itu merupakan satu perkara yang tabu kerana takut anak-anak mereka menjadi cacat.

Sedangkan kita, merokok sudah tidak asing dalam negara kita. hampir semua lelaki Malaysia adalah seorang perokok. mahukah kita generasi yg kita akan lahirkan nnti menjadi seorang yang cacat? 

Laporan Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM (PenawaRacun, bilangan 52, Mac 2004), menunjukkan bahawa 14 peratus daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 jutaperokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 September 2005. Adakah kita sedar?


Seburuk-buruk Yahudi,
ibu bapa mereka menjaga pemakanan anak-anak mereka. pemakanan yang tidak sihat akan dihindari.

Sedangkan kita, adakah kita menjaga pemakanan anak-anak kita?

Seburuk-buruk Yahudi,
Mereka mengajar anak-anak mereka aktiviti olahraga seperti memanah, berenang dan berlari serta aktiviti muzik seperti bermain piano dan biola.. hal ini menjadikan anak-anak mereka sihat serta fokus dalam melakukan pelbagai kerja.

Sedangkan kita, Umar  Al khattab mengajar kita agar kita mendidik anak-anak kita berenang, menunggang kuda dan memanah. 

Abu Umamah ibn Sahl r.a meriwayatkan bahawa Umar Alkhattab r.a menulis kepada Abu Ubaidah al-Jarrah r.a mengarahkan kepadanya, ” ajarkanlah anak-anak kamu berenang.” (Riwayat Ahmad)

لموا أولادكم السباحة والرماية ومروهم فليثبواعلى ظهور الخيل وثبا

Maksudnya : “Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda.”
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya al-Halal wal Haram fi Islam (الحلال و الحرام في الإسلام) menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar ra

Seburuk-buruk Yahudi, 
mereka tidak hairan sekiranya kita membakar bendera atau gambar perdana menteri mereka.

tetapi 

mereka HANYA TAKUT sekiranya RAMAI UMAT ISLAM BERSOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH SEPERTI SOLAT JUMAAT...

Seorang penguasa Yahudi pernah berkata: “Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jumaat.”


Post ini dibuat selepas saya sedar mengenai kelemahan diri kita berbanding kaum Yahudi. kajian mengenai kaum Yahudi ini dilakukan oleh Dr Stephen Carr Leon. Semoga apa yang saya dedahkan di sini dapat menyedarkan kita semua termasuk diri yang menulis@menaip ini...


Sumber dari http://www.kaskus.us/showthread.php?t=1526366 

2 ulasan: