Isnin, 6 Februari 2012

Kepada suriku

Ya Sharikatul hayat,
Aku sedar aku mungkin bukan seperti apa yang kau idamkan selama ini
Mungkin aku banyak kekurangan daripada kelebihan
Mungkin aku bukan apa yang kau impikan untuk jadi ketua untukmu
Mungkin aku juga bukan yang kau cintai selama ini
Mungkin aku hanya idaman kepada kedua ibu bapa mu dan bukannya idamanmu
Dan mungkin aku juga akan berasa begitu
Tetapi sedarlah wahai sharikatul hayat, aku redha menerimamu seadanya
Aku tidak mungkin mengubahmu seperti apa yang aku idamkan selama ini
Cukuplah bagiku untuk menjadikanmu seorang isteri yang solehah
yang menepati kehendak syarak.
Yang tidak akan menjadi punca kepadaku untuk ditarik masuk olehmu kedalam neraka bahkan biarlah menjadi punca kepadaku untuk ditarik olehmu ke syurga
Cukuplah itu bagiku

Ya Zaujah, 
Aku banyak kekurangan untuk menjadi ketua dalam keluarga ini
Aku banyak kelemahan yang perlu diatasi 
Aku memerlukan seseorang yang mahu membantuku dalam menempuh kehidupan dunia ini yang mencabar
Bantulah aku wahai Zaujah
Jadilah isteri yang menjadi tongkat kepada si buta ini
Kembalikanlah aku sekiranya aku tersesat daripada jalanNya
Aku juga hamba yang lemah, lupa, alpa, leka dan lalai
Aku juga sedar bahawa aku bertanggungjawab ke atas dirimu
Untuk mendidikmu, mengajarmu dan membimbingmu menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya
Biarlah kehadiranmu didunia ini menjadi pelengkap kepada diriku
Biarlah kita saling lengkap melengkapi
Janganlah kau bermasam muka dengan ibu mertuamu
Janganlah kau bersangka buruk kepada ibuku dan keluargaku
Sedarlah olehmu bahawa sebagai anak lelaki, tanggungjawabku terhadap keluargaku tidak pernah berkurang
Aku bertanggungjawab kepada keluargaku, kepada dirimu dan kepada anak-anak kita...

Wallahualam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan