Ahad, 5 Februari 2012

Kisah Pendakwah dan Mubaligh

Kenapa Umat Islam 'Sembah' Kaabah?



Mubaligh : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
         
          Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Mubaligh : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah,satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab ….Handphone Mubaligh itu berbunyi …..
Mubaligh menjawab panggilan telefonnya ….Pendakwah sabar menanti …..Setelah Mubaligh selesai menjawab panggilannya,dia merenung kepada Pendakwah ….Pendakwah tersenyum ….


Mubaligh : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

            Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Mubaligh : Awak tak ada jawapan ?

           Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk   membuat soalan yang awak ajukan kepada saya.Saya dapati awak kurang siuman.

Mubaligh : Mengapa awak cakap begitu ?

              Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”…

Mubaligh : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

                 Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Mubaligh : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Mubaligh semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

                 Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Mubaligh menghulurkan  handphonenya kepada Pendakwah. 
Pendakwah mengambil  handphone tersebut dan  membelek-belek handphone tersebut ….
Pendakwah menggooncang-goncang  handphone tersebut sambil mengetuk-ngetuk  handphone tersebut ke muka meja …
Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati  handphone tersebut ke lantai …..bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Mubaligh menahan marah.
Pendakwah merenung muka Mubaligh sambil tersenyum ….


             Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun.Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Mubaligh : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless.Awak tak guna otakkah ?

              Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum). Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. Begitu juga dengan awak dan telefon.
Emak awak menelefon awak menggunakan handphone ,ini bukan bermakna emak awak ada dalam  handphone tu.Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak,barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak,dan awak boleh berbual melalui handphone walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya,mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Mubaligh …"Nah, ini duit untuk awak beli  handphone yang baru …."Pendakwah terus meninggalkan Mubaligh itu yang masih kelihatan confuse ….Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

2 ulasan:

  1. memang kite tak nampak Allah..tapi Allah itu WUJUD.. dan kite sebagai hambaNya, wajib mempercayai Allah.. Allahuakbar! ^_^

    BalasPadam
  2. btol3... byk2 menyebut kebesaran Allah

    BalasPadam