Khamis, 17 November 2011

10 wasiat ASY-SYAHID IMAM HASAN AL- BANNA...

tengok dengan mata, > lihat dengan hati , >renung dengan akal....



1. segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan walau bagaimanapun keadaan saudara .

2. bacalah al-quran , buatlah kajian , dengarlah ilmu atau berzikirlah jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak berfaedah ..

3.berusaha mempelajari bahasa arab fusha (persuratan )kerana ia merupakan salah satu syair arab ..

4. jangan saudara banyakkan berbahas dalam semua urusan walau bagaimanapun keadaannya kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan..

5. jangan banyak ketawa kerana orang yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius..

6. jangan saudara banyak bergurau kerana umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan..

7. jangan angkat suaramu lebih tinggi dari apa yang diperlukan oleh pendengar kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan...

8. saudara jangan mengumpat orang , merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali untuk kebajikan .. 

9. berkenalanlah dengan orang orang yang saudara temui kerana asas dakwah itu adalah berkenalan dan berkasih sayang ...

10. kewajipan saudara lebih banyak dari yang ada oleh itu tolonglah supaya memanfaatkan waktu .... 





sama-sama kita ambil iktibar dan perbaiki diri kita ini bagi mencari keredhaan Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan