Ahad, 20 November 2011

Apa kita buat masa muda...



Masa muda, merupakan masa yang sangat berharga bagi setiap manusia. Masa muda kita mampu melakukan segalanya. Masa ini, walau setinggi mana pun gunung di dunia kita masih mampu untuk mendakinya dan walau sedalam mana pun lautan kita mampu untuk selaminya...

_______________________________________________________________________
Gaharu Cendana : Apa yang kamu ingin lakukan bagi memenuhi masa lapang kamu?

Pemuda A : Masa muda ini bagi saya la an, saya nak berjalan-jalan ke tempat orang. masa inilah kita boleh cari pengalaman melihat permandangan di tempat orang. Nanti bile da berkeluarga, susah pula nk berjalan-jalan macam ni.

Pemuda B : Bagi aku la, masa muda ini aku nak penuhi dengan mencari ilmu pengetahuan. Kang bila da kawin t, susa pulak aku nak mencari ilmu mcm skang ni.

Pemuda C : Kalau boleh, masa muda ini saya nak luangkan masa bersama keluarga tersayang. Nak berjasa kepada kedua ibu bapa dengan penuh komitmen. Bila saya da kahwin nanti, saya terpaksa membahagikan komitmen saya kepada isteri dan anak-anak serta keluarga saya.

Gaharu Cendana : Tidak kisahlah apa yang kamu ingin lakukan pada masa muda kamu ini. Daripada anda semua melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti melepak, membuang masa dan sebagainya, elok juga kalau kita isi masa muda ini dengan perkara yang berfaedah.  Namun, jangan kita lupa dengan tugas kita sebagai hamba Allah... Jangan kita tinggalkan ibadat hanya kerana aktiviti harian kita. Apa gunanya banyak pengalaman, banyak ilmu, banyak berbakti kepada ibu bapa tetapi kita tidak beribadat kepadanya. Ajaklah rakan-rakan yang lain ke arah kebaikan dan jauhilah daripada kemungkaran.
__________________________________________________________________________

Gunakanlah ilmu dan pengalaman yang ada untuk tujuan kebaikan dan dakwah serta berkongsilah segala ilmu dan pengalaman kepada orang lain kerana ilmu itu tidak akan berkurang jika dikongsikan malahan akan semakin bertambah.

Sabda Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wa Sallam : “Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Alloh akan memberikan padanya jalan menuju surga. Sesungguhnya malaikat benar-benar mengepakkan sayapnya untuk penuntut ilmu karena ridha dengan apa yang ia kerjakan dan seorang ulama itu benar-benar akan dimintakan ampunan oleh apa saja yang ada di langit dan di bumi, hingga ikan-ikan hiu yang berada di dasar air. Keutamaan ulama dibandingkan dengan keutamaan ahli ibadah bagaikan keutamaan bulan purnama dibandingkan dengan keutamaan seluruh bintang. Ulama adalah pewaris Nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham, tapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, niscaya ia telah mengambilnya dengan bagian yang banyak.”
(HR. Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Shahih Al Jami’ (V/302).

Berjalanlah melihat tempat-tempat orang di samping mencari pengalaman. Lihatlah alam ciptaan Allah yang indah ini kerana pada setiap ciptaan Allah itu ada tanda-tanda bagi orang yang berfikir. 

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Surah al- Baqarah ayat 164)


Berbuat jasalah kepada kedua orang tua mu selagi mereka masih ada dan doakanlah kesejahteraan mereka apabila mereka sudah tiada kelak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim) 

Akhir kata, berniatlah sebelum melakukan sesuatu perkara itu adalah kerana Allah dan untuk mencari keredhaan-Nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan