Rabu, 16 November 2011

Apa gunanya kita diciptakan...

Assalamua'laikum

Sudah hampir dua bulan aku tidak meng"update" blog aku ini. Disebabkan banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir dua bulan ini, selama dua bulan itu jugalah aku tidak mengisi blog aku ini dengan perkara yang terbaru.
___________________________________________________________________________
Apa gunanya kita diciptakan, erm...

Beberapa hari yang lalu, seorang pensyarah aku ada menyampaikan zihin semasa mesyuarat selepas solat asar.. Zihinnya berbunyi begini...

"Tuan-tuan yang mulia, kamu semua melihat saya memakai jam tangan. Jam tangan ini sentiasa dipakai di tangan saya supaya memudahkan saya melihat waktu.


Tetapi sekiranya jam tangan saya ini tidak dapat berfungsi dengan baik, saya akan hantar jam ini ke kedai jam untuk dibaiki. Mungkin mereka boleh menukar bateri jam ini atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan jam saya kembali berfungsi dengan normal kembali.




Jika jam tangan ini masih tidak boleh dibaiki walau pelbagai usaha telah dilakukan, saya mungkin akan membuang jam ini dan beli yang baharu. Apa gunanya jam ini jika jam ini tidak mampu lagi menunjukkan masa pada saya.. Sudah tidak mampu lagi berkhidmat untuk saya.

Begitu juga dengan pakaian saya. Jika pakaian saya koyak, buruk, tak mampu lagi berguna untuk menutup aurat saya, tak mampu lagi berkhidmat untuk saya, saya juga akan membuang pakaian saya itu atau beri pada orang lain lalu membeli pakaian yang baharu.

Begitulah juga kita sebagai hamba Allah.." 

___________________________________________________________________________

Kawan-kawan... Sebagai manusia yang dicipta Allah, Kita kena tahu mengapa Allah mencipta kita. Kita harus sedar apa tujuan kita hidup di dunia ini. Allah tidak menciptakan makhluk dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadanya..

Dalam surah al Baqarah ayat 21 yang bermaksud : Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa. 



Serta ayat 30 yang bermaksud : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 




Dalam surah Al An'am ayat 165 yang bermaksud : Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Selain itu, dalam surah al Hajj ayat 41 yang bermaksud : (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. 





Serta ayat 78 yang bermaksud : Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong.

Dalam Surah al A'raaf ayat 26 pula bermaksud :Hai anak Adam (Umat manusia), sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[selalu bertakwa kepada Allah] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. 


Dalam Surah An Nahl ayat 78 pula bermaksud : Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.




Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Penciptanya iaitu Alah Taala. Dengan itu, marilah kawan-kawan semua, sama-sama kita menyedarkan diri kita dan orang disekeliling kita. Apa gunanya kita dicipta di dunia ini sekiranya kita tidak mampu memberi khidmat kepada Pencipta kita.


Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami(Allah) menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami(Allah)? 
Surah Al Mukminuun ayat 115.











*Atas kelemahan aku, banyak lagi dalil-dalil di dalam Al Quran dan As Sunnah ydan banyak lagi bentuk-bentuk ibadat yang tidak sempat aku serta kan di sini seperti berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji di Makkah dan sebagainya. Maafkan aku atas segala kelemahan. Moga memberi kesedaran kepada semua umat Islam untuk kembali ke jalan Allah.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan