Khamis, 17 November 2011

Hikmah berzikir

* Akan mendapat keredaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa. 


* Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

* Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

* Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.

* Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila berada dalam kesusahan dan kedukaan.

* Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.

* Akan memperolehi pohon tamar di syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.

* Akan mendapat nur (cahaya) dari Allah di dalam kehidupan di dunia, di alam barzakh dan ketika melalui titian sirat nanti.

* Dapat membina rumah dan istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

* Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.

* Dapat mendekatkan diri kepada Allah dan membuka pintu masuk segala kebaikan.

* Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

* Dapat menyibukkan lidah dari bercakap, mengumpat dan berkata yang sia-sia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan